Friday 1 July 2011

BICARA HATI

Assalamu'alaikum:
Syukur dipanjatkan kepada Illahi kerana dengan izinnya jua,hasrat penulis untuk membina blog akhirnya menjadi kenyataan.Tentu sekali hasrat ini tidak mungkin menjadi realiti tanpa bantuan dari seorang adik penulis yang telah mengorbankan masa,buah fikiran dan tenaga untuk menjadikan blog ini terpapar di dunia maya.


Pada masa-masa mendatang,inti paparan di blog ini tidak terbatas kepada  subjek alam mistik,  khusus berkaitan dengan kisah dan pengalaman merawat  gangguan makhluk halus..Sekali sekala penulis akan menyentuh kepada isu-isu umum, yang sedang atau akan berlaku di persekitaran.

Penulis juga mengambil pendekatan dalam blog ini secara santai.Oleh itu, struktur ayat yang digunakan tidak memenuhi penggunaan Bahasa Melayu yang standard.Malah disana-sini mungkin terdapat ejaan-ejaan yang tidak memenuhi piawaian penulisan rasmi.

Pesanan penting kepada anda yang terserampak dengan blog ini,dan mendapati isi dan bentuk kandungannya tidak secucuk dengan jiwa anda,penulis sarankan agar cepat-cepat keluar dari blog ini.Sedetik masa yang terbuang,kerana terbaca blog ini,penulis menghulurkan seribu kemaafan.Sebaliknya pula,jika ada diantara entri didalam blog ini yang berjaya menjentik sedikit rasa ego dan dapat menyerlah kehebatan dan kebesaran Allah SWT,penulis hanya mampu mengucapkan kesyukuran ke hadhrat MU YA ALLAH.LAA HAWLA WALA QUWWATA ILLA BILAHIL 'ALLIYIL ADZIIM.

No comments:

Post a Comment