Friday 29 July 2011

MENDERITA LEBIH 20 TAHUN ANGKARA SIHIR PENGASIH


Sesi rawatan bersama dengan puan Jamilah (bukan nama) sebenar,berlaku tanpa dirancang. Puan Jamilah datang ke rumah penulis semata-mata untuk mendapat pandangan terhadap ibunya yang mengalami
perubahan sikap secara mendadak. Ibu Jamilah ini merupakan seorang yang periang, peramah dan bersikap penyayang terhadap  anak-anak dan cucunya, telah berubah sikap menjadi seorang nenek yang pendiam, lesu dan kadang-kadang tidak peka dengan apa yang berlaku disekelilingnya. Paling ketara, ibu puan Jamilah macam tak acuh apa bila ada diantara anak-anaknya  balik ke kampung untuk berjumpa dengan ibu bapa.  Berbeza dengan sikapnya sebelum ini, terpancar riak keriangan diwajah ibu puan Jamilah  apabila   anak-anak dan cucunya balik dikampung. Biasa yang ditanya, sudah makan kebelum. Jika ada masakan yang tersedia, ibu puan Jamilah akan menyuruh anak-anak atau cucunya untuk makan. (Insyaallah,kisah ibu puan Jamilah ini akan dikongsi oleh penulis dalam entri yang akan datang).

Dipenghujung perbincangan, tidak semana-mana puan Jamilah menceritakan masalah yang dihadapinya sejak mendirikan rumah tangga sehinggalah bergelar nenek muda. Puan Jamilah tidak dapat melupakan ingatan terhadap seseorang lelaki, walaupun sebenarnya puan Jamilah tidak menyukainya.  Bayangan wajah lelaki tersebut sering berligar dalam kotak  ingatannya
.
“Seksa betul,”  kata puan Jamilah.Walaupun ingatan puan Jamilah terhadap individu berkaitan bukanlah berlaku  sepanjang masa, tetapi bila bayangan wajahnya  muncul dalam ingatan, “apa saja yang hendak dibuat, semuanya tak menjadi. Asyik termenung melayan perasaan. Kerja-kerjapun terabai,”  tambah puan Jamilah.

Menurut puan Jamilah lagi, atas desakan  ingatan atau mungkin juga rasa rindu  terhadap lelaki tersebut, puan Jamilah sanggup menyelongkar album-album yang telah lama disimpan, semata-mata  ingin  menatap wajah lelaki  didalam foto. “Saya pernah ditegur oleh suami, lantas saya meraung dan menangis. Saya menangis bukannya apa, tapi saya sendiri merasa pelik dan terseksa dengan masalah yang saya hadapi. Bayangkan masalah ini sudah saya alami  lebih 20 tahun,” jelas puan Jamilah.

Penulis mengemukakan beberapa soalan bersangkutan dengan pengalaman puan Jamilah sewaktu tidur dan masa jaga. Gejala  nyata menurut puan Jamilah, ialah sukar hendak tidur pada setiap malam. Bila mata terlelap, lelaki yang sama, akan hadhir  dalam mimpinya setiap malam.

“Rasa-rasa,  ada gangguanlah,” kata penulis kepada puan Jamilah. Serta merta puan Jamilah minta dirawatkan.  “Aiiii…..dah larut malam ini….nak buatkah tidak?” soalan yang menerjah di otak penulis.  Rawat sajalah….

Penulis  mengambil wudhu dan duduk berdepan dengan dengan puan Jamilah serta membaca doa-doa dan ayat pendinding.  Ayat-ayat ruqyah dibaca. Belumpun selasai membaca ayat-ayat tertentu, anggota tubuh dan kepala puan Jamilah, mula  bergerak-gerak tanpa dapat dikawal.

Dipendekkan cerita, Puan Jamilah meraung kesakitan,  sambil memberi amaran kepada penulis agar tidak ikut campurtangan dengan urusannya.  Penulis tidak menghiraukan ugutan jin, malah meningkatkan seksaan keatas jin.

Sampai ke bab berdialog dengan jin, penulis tercengang  mendengar  tutur bicara yang disampaikan oleh jin.  Setiap bait ayat yang dilontarkan oleh jin itu, dilafazkan dengan  mengguna bahasa puitis…yalah ayat-ayat  digunakan oleh remaja yang sedang hanyut dalam lautan asmara. Gaya penuturan  disampaikan dengan  penuh emosi….suara lembut,memujuk, mendayu, merayu terutama bila mengungkapkan kata   s..a..y..a..n..g.  Sungguh menakjubkan.

Woooh…jin jiwa-jiwa… hebat jin bila terpanah asmara. Rasa-rasanyalah, jika  jin jenis  ini wujud dialam nyata, ramai wanita yang tersungkur  cair dengan pujuk rayunya.…maaf bukan dilebih-lebih tetapi begitulah pendapat penulis.  Jin itu juga mengaku "saaa….yang" sungguh dengan puan Jamilah. Tak kisahlah walaupun puan Jamilah sudah bergelar nenek.

 Penulis tanya siapa yang yang melakukan gangguan kepada puan Jamilah, tetapi jin tu tidak memberi kerjasama.Takpa lah untuk mengetahui siapa yang melakukan bukanlah matlamat. Malah dalam banyak keadaan, jin jika dilayan, akan mengambil peluang untuk melakukan penipuan hingga menimbulkan fitnah.   Penulis memberi amaran dan mengarahkan jin tersebut keluar dari jasad puan Jamilah.  Syukur….jin itu bersetuju untuk keluar.

Rawatan ditamatkan. Penulis bertanya sama ada puan Jamilah menyedari apa yang berlaku  semasa sesi rawatan sebentar tadi.  Puan Jamilah hanya menggiling kepala tanda tak sedar langsung. Penulis juga bertanya sama ada pernah mendapat rawatan dari mana-mana pihak sebelum ini. Jawapan puan Jamilah ada, tetapi rezki kesembuhan belum menyebelahinya.

 Menurut puan Jamilah, pernah juga masalah yang dialaminya  diajukan kepada seorang bomoh, tetapi  respon bomoh  tersebut,  puan Jamilah ini tak ada masalah…hanya terlalu mengikut perasaan.  Atas  kepercayaan terhadap pandangan bomoh tersebut, puan Jamilah  telah berusaha sedaya mungkin untuk melupuskan lelaki tersebut dalam kotak ingatan, tetapi ternyata tidak berjaya. 

Alhamdulillah….selesai sesi rawatan, puan Jamilah merasakan tubuh badanya ringan dan bertambah sihat.  Penulis menyarankan agar puan Jamilah mendapat rawatan susulan dengan membawa bersamanya bahan bahan rawatan seperti  air, garam dan limau nipis untuk diruqyah.

Pada pertemuan kedua, puan Jamilah merafakkan syukur kepada Illahi kerana ingatannya terhadap individu itu  boleh dikatakan telah hilang. Puan Jamilah jugaboleh tidur pada waktu malam tanpa menghadapi  masalah.  Ehhh…Betulkah tidak ada lagi gangguan? atau jin itu hanya bersembunyi buat sementara waktu. Gerak hati penulis berkata masih ada gangguan….

Rawatan diteruskan juga, dan tindak balas puan Jamilah mengesahkan kebenaran gerak hati penulis. Bila dibaca ayat-ayat ruqyah, jin yang mengganggu timbul kembali. Melalui dialog, jin tersebut telah mendedahkan  identiti  lelaki yang sering  menjadi ingatan puan Jamilah. Lelaki tersebut adalah bekas buah hati puan Jamilah.  Berdasarkan kepada maklumat jin,  individu berkaitan telah  meminta bantuan dengan jin sihir untuk merealisasikan SIHIR PENGASIH. Penyihir itu berdendam dan marah kerana gagal menjadikan puan Jamilah sebagai teman hidupnya. Nama  lelaki tersebut telah disahkan oleh puan Jamilah selepas sesi rawatan.  (Sebelum itu,puan Jamilah tidak pernah  mendedahkan nama lelaki yang sering menjadi ingatannya)

Ya Allah…sesungguhnya aku ini hanya seorang hamba yang kerdil , dan tak mampu melakukan apa-apapun.  Begitupun, aku tak pernah berputus harap memohon RAHMAT DAN REDHO MU..dan atas sifat Ar Rahman dan Ar Rahiim, dengan  Kudrat Iradat Mu jua,akhirnya  hambamu  yang telah memikul  masalah  gangguan SIHIR PENGASIH  selama   20 tahun lebih, dapat juga dirungkai dan  diselesaikan dengan izinMU. SYUKUR……SYUKUR……DENGAN RAHMAT DAN REDHA MU, YA ALLAH.

1 comment:

  1. Jiran saya di kg dulu pernah kena kes yg hampir sama. Walaubagaimana pun apa yg berlaku kena terima takdir kita / keluarga kita sambil berusaha mengubati @ mencari penawar.
    Saya /keluarga / rakan2 di selatan tanahair selalu menemui seorang pengamal perubatan altenatif bila sahaja ada masaalah khususnya berkaitan benda2 ghaib sebegini. ustaz adi wijaya beralamat di kg seri belahan tampok, rengit, batu pahat, johor. ustaz ni merawat dengan ayat al-quran dan peralatan bersih, tak pakai kemenyan atau benda kotor dan tak pernah minta upah sebab katanya Allah yg menyembuhkan,dia usaha ikhtiar sahaja. Tetapi kalau dah minta tolong tu kita sendirilah yang patut memberi. Bila lawat laman web rupanya ada juga sahabat kita yg sempat merakam ustaz tu menjalankan ritual perubatannya….
    http://my.opera.com/saharaaban/albums/show.dml?id=14706102

    ReplyDelete