Friday 8 July 2011

SIHIR DIPEJABAT (2)

Kes Kedua


Seorang kawan pesakit menghubungi penulis yang meminta bantuan untuk merawat kawanya yang  mengidap satu jenis penyakit misteri.Pesakit itu penulis namakan sebagai  En Z.Tidak dimaklumkan pula apa jenis
penyakit yang dihidapi En Z ini.

Dengan ringkas penulis jawap"sayapun pun bukan reti sangat dengan  hal-hal merawat,tapi jika En Z nak juga,bolehlah  datang dirumah penulis".

Seperti yang dijanjikan, si pemanggil  dan rakannya  En Z datang dirumah penulis.Sebelum sesi rawatan,penulis bertanya sedikit permasalahan yang dihadapi oleh En Z. Panjang lebar penjelasan  yang diberi oleh En Z. Kesimpulannya, En Z  mempunyai masalah pening dan berat kepala,dan sakit disebelah tengkokPernah beberapa kali meminta rawatan di hospital kerana dikhuatiri ada masalah darah tinggi, tapi hasil pemeriksaan, mengesahkan En Z tidak mempunyai masalah kesihatan.Pada waktu malam pula,En Z  menghadapi kesulitan untuk tidur.Bila tertidur,En Z selalu mendapat gangguan dengan rmimpi yang pelik-pelik dan menyeramkan.

Rawatan dimulakan dengan memberi minuman air ruqyah  kepada En Z.Ayat-ayat al Qur'an dibaca....dan mula saja membaca ayat Qursi, En Z telah memperlihat tindak balas sekejap-sekejap berlaku  kekejangan ditangan dan dikakinya.Jari-jari tangan juga bergerak-gerak tanpa dapat dikawal.Penulis tidak mengindahkan perlakuan En Z,...... bacaan ayat-ayat Al Qur'an tertentu  diteruskan.

Selesai  membaca ayat-ayat al Qur'an,penulis  menekan point disebelah belakang En Z.Serentak dengan itu, En Z menjerit dan meronta-meronta kesakitan.Walaupun, susuk badan En Z ini jenis yang besar dan tegap, tetapi Alhamdulillah penulis  masih dapat kawal dengan bantuan minima dari kawan En Z.(NOTA:sebelum rawatan bermula, penulis telah memasung pergerakan En Z terlebih dahulu....)

Tindakan seterusnya ialah penulis berinteraksi dengan jin yang merasuki En Z.Menurut jin tersebut, ia mengganggu En Z atas suruhan dan perintah dari  seorang wanita ....(nama tidak didedahkan dalam blog ini....kan jin ini memang suka menipu) yang bertugas dipejabat yang sama dengan En Z.Wanita itu tidak suka dengan perlakuan   En Z kerana kerap menyuruh dan meminta bantuan untuk menyediakan  minumannya.... pada masa yang sama, wanita yang mendapat bantuan jin tersebut, mahu supaya dicintai oleh En Z....(.Bila En Z jatuh cinta dengan wanita itu, mudahlah wanita itu control En Z...agak-agaknya lah.)

Penulis soal jin itu lagi, bagaimana wanita itu hantar sihir kepada En Z,....(macam tak larat nak bagi tau ini...rated X.....tetapi tak apalah, demi perkongsian pengalaman,dan sebagai iktibar kepada anda diluar sana elok juga  penulis coretkan disini).Jin menggayakan tanda isyarat dengan  meletakkan jarinya  dibahagian....alat sulit wanita, dan dilakukan gerakan memasukkan jari.......  diangkat lalu berlagak seperti membancuh secawan kopi.Hushhhh...jeliknya .

Penulis menyergah, mengancam dan  mengarah agar jin itu keluar dari jasad En Z.....Secara ringkas, selepas melafazkan sumpah seperti yang diarah oleh penulis,jin itupun  bersetuju untuk keluar.En Z membuka mata dan terpinga-pinga melihat disekelilingnya.Ditanya sama ada En Z sedar apa yang berlaku kepadanya sebentar tadi,dia hanya geleng kepala.En Z memberitahu, badannya terasa ringan dan lega...Alhamdulillah.

Penulis tanya kepada En Z dan kawannya,dimana tempat mereka minum pada  waktu rehat  dipejabat.En Z bagi tahu,kebanyakan masa dia hanya minum didalam pejabat dengan meminta bantuan dari pembantu pejabat untuk menyediakan minuman nescafe.Ohhh......patutpun kata penulis dalam hati.

Sebelum En Z pulang, penulis membekalkannya dengan air ruyah untuk keperluan rawatan dalam masa  satu minggu.En Z juga disaran untuk mendapat rawatan susulan.

Penulis mencadangkan  kepada En Z supaya bila kepingin  nak minum kopi dipejabat,sedapat mungkin,elakkan daripada menyusahkan   orang lain."Lebih afdhal kalau buat kopi sendiri"Pesan penulis,mengakhiri perbualannya dengan En Z.

Semoga sedikit perkongsian pengalaman merawat ini, akan dijadikan   sebagai iktibar... untuk menangkis muslihat dikalangan menusia yang masih memilih bersekongkol dengan syaitan laknatullah, untuk mencapai hasrat yang tidak diredhai oleh Allah SWT.

                   Bersambung

No comments:

Post a Comment