Friday 15 July 2011

KAMI JIN WALI


Penulis menerima panggilan dari seorang suri rumah, (selepas ini akan dipanggil puan X)  mengadu mengalami masalah kesihatan, dan mempercayai ada kaitan dengan gangguan makhluk halus.Selepas berbual ,puan X membuat temu janji dan hendak datang ke rumah penulis


Masa yang dijanjikan……

Puan X  datang bersama dengan suami dan seorang lagi ahli keluarganya.Sebelum sesi rawatan,penulis gunakan  sedikit masa berborak-borak  dengan tetamu.Penulis tanya bagaimana puan X tahu yang penulis ada belajar merawat, yalah…perawat novice katakana.Lengkap dengan nombor HP penulis pula itu.
Puan X bagi tahu dia dapat maklumat dari kawannya yang pernah mendapat rawatan dari penulis.Masih menjadi teka teki nama pemberi maklumat tersebut, kerana selama ini penulis cuba elakkan dari diketahui oleh masyarakat umum.Malah penulis sering kali meminta kerjasama dari pihak yang pernah mendapat rawatan agar tidak mengwar-warkan kebolehan penulis untuk merawat.Mungkin ada yang mempertikaikan tindakan penulis yang terlalu berahsia.Penulis ada alasan tersendiri…tapi tiada keperluan untuk dijelaskan diruang ini.

Berbalik kepada puan X, dia maklumkan kepada penulis bahawa puan X telah menderita sakit dibahagian kepalanya, hampir sepuluh tahun.Kerap kali berulang alik ke hospital untuk mendapat pemeriksaan kesihatan tetapi menurut doktor yang merawatnya,puan X tidak ada masalah kesihatan.Puan X juga mendakwa telah berjumpa banyak bomoh dan perawat tradisional untuk mendapat rawatan, tetapi belum ada rezki kesembuhan.Perawat dan bomoh yang pernah merawat puan X mengaitkan penyakit puan X dengan gangguan makhluk halus.

Akhir-akhir ini,tambah puan X, penderitaannya semakin parah.Pening kepalanya yang biasa berlaku selepas ‘ashar,kini berlaku tanpa mengira masa tertentu.Daya ingatan puan X semakin lemah,pelupa dan merasa takut apabila bersendirian, tidak kira waktu malam ataupun siang.
Puan X juga memberitahu selalu bermimpi benda yang pelik-pelik dan menakutkan.Kadang-kadang ternampak kelibat dan mendengar bisikan.

Adeehhh……ada gangguan ini, kata hati penulis
.
Penulis mulakan sesi rawatan dengan mendoakan air dalam botol dan buah limau nipis yang dibawa bersama oleh puan X.Selepas membaca surah Al-Fatihah  puan X terketar-ketar.Penulis teruskan bacaan ayat-ayat al Qur’an…puan X mengenggam kedua belah tapak tangan serta merapatkan tangan tersebut didadanya….perawakan puan X menggambarkan seperti dalam keadaan kepanasan dan kesakitan.
Penulis meneruskan bacaan…puan X  berteriak  meminta penulis menghentikan bacaan.Suara puan X yang lembut dan lesu semasa mula-mula datang, tidak semana-mana bertukar menjadi garau dan menyeramkan.Wajah suami  puan X nampak tegang, resah dan seram melihat perubahan diri isterinya.Seorang lagi  lagi ahli keluarga puan X ketara  sekali tidak selesa menyaksikan suasana yang menyeramkan itu……asyik keluar dan  masuk dari tempat penulis melakukan rawatan.
Untuk meredakan suasana tegang itu, penulis memberi tanda isyarat melalui gerakan badan bahawa sesungguhnya keadaan seumpama ini adalah normal dan tiada apa yang perlu dibimbangkan.

Siap ruqyah bahan rawatan, penulis membaca ayat dan doa pendinding, lalu mengajak jin yang mengganggu puan X berinteraksi.Permulaan jin tidak bekerjasama.Penulis asak jin tersebut dengan ayat-ayat pembakar,akhirnya  jin mengaku ia adalah jin sihir yang dihantar ole puan M kerana dengki dengan puan X.Penulis pula lupa soal kenapa puan M dengki dengan puan X.Penulis tanya jin tersebut, apa agamanya…jin jawap kafir.Penulis dakwah jin sihir itu dengan agama Islam serta kebaikan jika jin itu menerima Islam sebagai agamanya.Penulis juga memberi ancaman bakal siksaan yang akan diterima oleh jin dihari akhirat kerana melakukan kezaliman kepada puan X.Syukur Alhamdulillah, jin itu telah mengucap doa kalimah sahadat serta bersetuju keluar dari jasad puan X.

Untuk mempastikan tidak ada lagi gangguan, penulis menekan point tertentu disebelah belakang puan X.Serta merta puan X meraung kesakitan.Bila ditanya siapa lagi yang mengganggu,jin mendakwa jin yang membalas dendam kerana ada anak jin tercedera semasa puan X meneroka tanah dekat kampungnya.Penulis memujuk jin agar tidak menyakiti  puan X kerana kecedearaan anaknya berlaku tanpa disengaja.Penulis menawar untuk merawat anak jin tersebut, dan tawaran dipersetujui oleh jin.Berkat doa, kecederaan anak  jin itu pulih seperti  sedia kala.Kesembuhan anak jin itu disahkan sendiri oleh jin yang mengganggu puan X……Alhamdulillah.

Seperti biasa, penulis akan memberi takzirah serta mendakwah jin  kafir untuk menerima Islam.Kebetulan  Empat ekor jin yang mengganggu puan X adalah  dari kalangan jin kafir. Alhamdulillah, ajakan penulis kepada jin agar memeluk agama Islam, telah diterima dan kesemua jin tersebut  bersetuju untuk keluar.Puan X tersedar dari gangguan……

Sebelum menamatkan rawatan, puan X diminta membaca selawat sebanyak tiga kali.Lepas baca selawat, tiba-tiba jejari puan X terketar-ketar.Ada lagi gangguankah?.....Penulis(P) berinteraksi dengan Jin(J).Ikuti sedutan dialog dibawah:
P : Siapa lagi ini…
J  : Kami minta izin masuk dijasad puan X
P : Kami?....berapa ekor jin ini…untuk apa…
J : Kami ada tiga semuanya…kami mahu menjaga puan X
P : Sebelum inipun kamu tidak dapat melindungi puan X…..sama sekali saya tida izinkan kamu masuk dan    menjadikan jasad puan X tempat kediaman kamu…Cukup Allah menjadi tempat  pergantungan untuk memelihara hamba Allah ini.
J : Tolonglah…niat kami baik…cukup hanya (tuan) tiup ditapak tangan puan X saja, supaya kami dapat masuk
P : Saya tidak akan meniup tapak tangan puan X
J : Tolonglah…kami ini jin-jin yang baik-baik…kami ini wali Allah.
P : Bohong…(suara ditinggikan).Kalau kamu ini dari kalangan wali,kamu boleh bantu puan X tanpa masuk  ke jasadnya.Lagipun jin bertaraf wali,faham hukumnya jin merasuki menusia…HARAM.
J : Kami mahu masuk supaya puan X boleh merawat dan membantu orang lain.
P : Jangan kamu membuang  masa saya dengan meminta yang bukan-bukan.Kamu jauhi diri dari puan X
J : Jika tidak boleh masuk jasad puan X, dimana kami akan tinggal?
P : Dimana kamu tinggal, bukan masalah saya.Pokoknya,kamu tidak dibenarkan tinggal dijasad puan X.Kalau kamu ini dari kalangan wali,tempat yang sesuai bagi kamu tinggal ialah dimasjid supaya kamu dapat tumpukan masa untuk beribadat.
P : Keluar…keluar (suara keras)Jika kamu enggan bekerjasama, saya tidak ada pilihan kecuali membelasah kamu.
……..suasana hening seketika….puan X membuka mata..sedar dari kerasukan....puan X mengatakan badannya terasa ringan dan selesa walaupun mengalami sedikit lemas  kesan daripada  rawatan.

Sementara puan X duduk berihat kerana lemas badan, penulis sempat mengorek sedikit rahsia puan X.Penulis bertanya sama ada puan X ini pernah belajar atau memasang susuk atau memasukkan benda-benda lain  melalui tapak tangan dari mana-mana pihak.Puan X menafikan…..
Bagaimanapun, bila diterjah dengan soalan-soalan cepu emas,akhirnya puan X memecahkan rahsianya…kononnya puan X ini pernah dimandikan oleh seorang bomoh wanita dan memasukkan satu benda ditapak tangan…tujuannya ialah supaya puan X boleh merawat.PATUTLAH…..

Penulis memberi sedikit takzirah kepada puan X dan ahli keluarganya yang ada datang bersama,agar menghindari daripada sebarang ilmu atau amalan yang bertentangan dengan syariat.Keupayaan merawat dengan serta merta kerana memasukkan benda ditapak tangan atau dimana saja dalam anggota badan,nyata melibatkan makhluk-makhluk pendamping dan hukumnya adalah HARAM…pada masa yang sama amalan-amalan syirik itu akan menolak  menusia jauh terpesong dari kebenaran.Sama-samalah membenteng diri dari amalan-amalan yang  bersekongkol dengan jin syaitan agar hidup ini  mendapat RAHMAT, REDHA DAN KASIH SAYANG  DARI-NYA.

Sebelum puan X dan keluarganya meminta diri untuk balik, penulis telah memberikanya dengan  beberapa ayat dan doa pendinding untuk diamalkan.Puan X juga dinasihatkan agar tidak jemu-jemu bermunajat  agar terhindar daripada gangguan musuh  serta mendapat kesembuhan mutlak dari Allah SWT.Ameen.

No comments:

Post a Comment