Saturday 9 July 2011

SIMPTOM DAN TANDA-TANDA ADA GANGGUAN MAKHLUK HALUS

Bismillahir Rahmanir Rahiim.... Alhamdulillah,penulis panjat puji dan syukur kepada Allah SWT, kerana dengan izin dan rahmatnya jua, penulis masih  diberi peluang oleh-NYA untuk terus bernafas menghirup udara  serta  dikurniakan kan dengan  keafi'atan yang baik.Kesempatan masa yang terluang ini, penulis akan cuba catatkan beberapa tanda ataupun simptom yang menunjukkan seseorang itu ada masalah gangguan makhluk halus.



Perlu diingatkan bahawa,tanda atau simptom gangguan ini terlau banyak sepertimana yang dicatat oleh perawat-perawat Islam yang lain melalui blog masing-masing . Apa yang dicatatkan dalam blog ini,adalah tanda-tanda yang sering diceritakan  sendiri oleh mangsa gangguan makhluk halus apabila berdepan dengan penulis untuk mendapat rawatan yang seadanya.

Tanda-tanda gangguan ini boleh diperhati dalam dua keadaan iaitu, tanda-tanda semasa pesakit dalam keadaan jaga dan dalam keadaan tidur.

1.Tanda-tanda   ada masalah gangguan semasa dalam keadaan jaga (tidak Tidur)

a) Pening dan berat kepala khususnya selepas 'ashar.Biasa pihak hospita tidak dapat kesan masalah ini.
b) Sukar untuk tidur pada waktu malam.Jika tertidurpun, selalu terjaga dan payah untuk tidur kembali
c) Sering mengalami rasa malas dan mengantuk yang keterlaluan. Biasanya, berlaku sekitar jam 10.00 pagi
d) Merasa berat disebelah tengkok dan belakang seolah-olah ada benda yang sedang bergayut
e) Mudah tersinggong atau panas baran
f) Malas dan liat melakukan ibadat
g) Merasa mengantuk apabila berzikir
h) Tidak selesa dan kadang kala sendawa apabila menghadiri majlis zikir dan bacaan yaasin
i) Resah gelisah dan berdebar-debar  tanpa sebab
j) Terlampau berkhayal, terkenang dan teringat seseorang  sehingga mengganggu kerja-kerja pesakit            (kes terkena  guna-guna)  
k) Sering ternampak kelibat
l) Terdengar bisikan-bisikan dan bercakap sendiri-sendiri

2. Tanda-tanda ada masalah gangguan semasa pesakit sedang tidur


a) Sering mimpi bergaduh atau dikejar orang yang beniat memukul atau membunuh
b) Mimpi dikejar dengan binatang yang buas i.e ular,anjing harimau dll
c) Mimpi beranak dan menyusukan anak itu dengan susu badan (kes saka)
d) Mimpi memakan makanan yang kotor dan meloyakan
e) Mimpi berjalan atau berada ditempat yang kotor seperti tempat pembuangan najis ataupun sampah
f) Sering menggigau semasa tidur sehingga  terkeluar teriakannya.
g) Ditindih oleh makhluk yang besar atau hodoh semasa tidur
h) Mimpi terjatuh ditempat yang tinggi


Menurut pengalaman penulis,jika ada salah satu kombinasi diantara tanda-tanda diatas dialami oleh seseorang, maka kemungkinan  orang itu ada masalah  gangguan.Lebih banyak  kombinasi tanda-tanda yang dialami,maka lebih tinggilah kebarangkalian seseorang itu ada masalah gangguan makhluk halus.Gangguan makhluk halus ini pula melibatkan  masalah keteguran,serangan  sihir dan ancaman saka.

Jika anda mengalami simptom ataupun tanda-tanda diatas, dinasihatkan agar segera berjumpa dengan perawat yang menggunakan kaedah rawatan yang tidak disangsikan iaiatu kaedah rawatan cara Islam.Penulis juga menasihatkan agar mengelakkan diri daripada mendapat rawatan dari dukun atau bomoh yang diragui cara  rawatannya.

Tanda-tanda lain yang tidak kurang pentingnya diambil perhatian oleh mangsa gangguan atau keluarga mangsa  ialah sikap pesakit yang tidak  selesa apabila berhadapan dengan perawat, walaupun tidak ada rawatan yang dilakukan.Pesakit juga merasa takut dan mencari berbagai alasan dan helah mengelak  berjumpa dengan perawat apabila  disyorkan untuk mendapat rawatan ditempat perawat yang mengamalkan kaedah rawatan secara Islam.

Ambil perhatian,bahawa  keengganan mangsa gangguan makhluk halus ini berjumpa dengan perawat itu, bukanlah atas kehendak sebenar dari pesakit tapi lebih kepada hasutan makhluk yang mengganggu kerana takut berdepan dengan perawat Islam.Fikir-fikirkan lah......

3 comments:

  1. Bagaimana pula dengan kesan lebam brwarna biru,merah dan hijau gelap d betis sebesar syiling 50sen apabila bangun tidurpada keesokan harinya?

    ReplyDelete
  2. saya pun ada mengalami tanda2 yg tersebut di atas dan kesan lebam dibetis kaki...ada x pusat2 perubatab islam yg dpt menolong saya dlm permasalahan ini...

    ReplyDelete
  3. Saya pun mengalami hal demam sakit kepala ni ..tapi yang heran tu time malam je demam tu ada maksud nya kalau dah pagi tu kepala lagi yg sakit pening..lagi perkara ni berlanjutan kalau sampai waktu malam saya akan demam

    ReplyDelete