Friday 15 July 2011

SURAH YAASIN: TAK BOLEH GUNA UNTUK MERAWAT......

Membaca tajuk entri kali ini mungkin akan mengejutkan pembaca.Bukan saja pembaca, malah penulis juga terlopong biji mata apabila mendapat maklumat ada seorang  bomoh yang membuat pendapat tidak boleh membaca surah Yasiin untuk tujuan merawat  gangguan makhluk halus.


Dikatakan  bomoh tersebut bersama dengan beberapa kawannya (mungkin anak muridnya),telah cuba merawat seorang murid sekolah yang mendapat gangguan makhluk halus dengan membaca surah Yasiin.Tengah membaca surah tersebut, tiba-tiba pesakit itu meronta dan bertindak agresif.Bila bacaan  ayat-ayat Allah itu diteruskan, keadaan pesakit semakin tidak terkawal.Pembacaan surah Yasiin ditamatkan.Bomoh pula mengeluarkan pendapat "tidak boleh membaca surah Yasiin untuk merawat gangguan makhluk halus".Difahamkan selepas itu,bomoh berkaitan telah melakukan  rawatan dengan cara yang pelik-pelik dan berterusan sehingga beberapa lama....

Agar orang awam tidak terkeliru dan berpegang dengan pendapat bomoh itu, penulis  ingin jelaskan bahawa pembacaan surah Yasiin adalah salah satu kaedah yang ampuh untuk merawat  gangguan makhluk halus.Namun, i'tikad perlu diperbetulkan.Sesungguhnya, kesembuhan dari sebarang penyakit tidak akan berlaku tanpa ketentuan dan izin dari ALLAH SWT lah jua.

Pesakit kerasukan,meracau dan bertindak agresif  kerana mendengar ayat-ayat Allah,  menunjukkan jin yang berada dalam jasad pesakit adalah dalam keadaan tersiksa dan kesakitan.Pada peringkat inilah, perawat yang terdedah dengan rawatan cara Islam akan berinteraksi dengan jin durjana ini bertujuan memujuk,mendakwah atau membelasah jin yang degil agar keluar dari  jasad mangsanya.

Pesanan penulis kepada bomoh seumpama ini  atau yang sejenis dengannya......tolong jangan  mengeluarkan sebarang pendapat yang mengelirukan.Komen atau pendapat anda yang tidak betul akan mendedahkan kelemahan sendiri.......Jin-jin yang mendengar pendapat anda akan bertempik riang kerana seorang lagi anak Adam telah menjadi mangsa  tipu helah mereka...lalu ketawa terbahak-bahak.....

No comments:

Post a Comment