Wednesday 6 July 2011

SIHIR DIPEJABAT (1)

Dunia moden banyak  dikaitkan dengan  kecanggihan teknologi,pembangunan pesat serta  dilengkapi dengan set minda masyarakat yang lebih hebat.Seiring dengan kemajuan yang pesat,suka atau tidak, individu tidak
ada pilihan kecuali mengoptimakan masa yang terluang untuk  keperluan didunia ataupun akhirat.Ruang untuk menimba ilmu yang tidak bermanafaat amat terhad.Itu adalah andaian penulis dan mungkin dipersetujui oleh  sebahagian  besar masyarakt….tetapi pada realitinya,hasutan iblis syaitan tidak meletakkan  batas waktu dan ruang   melakukan helah untuk menjerumuskan menusia ke kancah kebinasaan. 

Darjat menusia sebagai makhluk Allah sebaik-baik kejadian serta  dijadikan khalifah diatas muka bumi ini, telah menjatuhkan martabatnya  dengan  merelakan diperkuda oleh syaitan  melalui amalan sihir tanpa memikirkan natijahnya.Pada umumnya serangan sihir  ini,berkait dengan  hasad,khianat,dendam dan persaingan .

Entri  gejala sihir  yang pertama, penulis akan paparkan kisah  serangan sihir yang berlaku di persekitaran pejabat atas tujuan-tujuan tertentu.

Kes pertama:

 Seorang pegawai  yang bertugas disebuah agensi kerajaan di Kota Kinabalu telah jatuh sakit.Simptom dan gejala penyakitnya   telah membingungkan  seorang doktor  dihospital kerajaan .KENAPA?...,setiap kali  pesakit (selepas ini dinamakan OKS=orang kena sihir) bertemu dengan Doktor,membawa kepada penemuan simptom yang berbeza.Kadar denyutan nadi juga berubah-ubah sehingga menyukarkan pihak doktor untuk mengenalpasti  penyakit yang dihidapi oleh OKS.

Penderitaan  yang dialami oleh OKS ini ialah sesak nafas,pening dan berat kepala , khususnya selepas waktu ‘Ashar,dan merasakan ada benda berat yang bergayut disebelah belakangnya.Disamping itu OKS mengalami  rasa mengantuk yang keterlaluan,apabila berada dipejabat. OKS berkaitan tidak bermaya,lemas dan hilang  selera makan.Natijahnya, prestasi OKS  dipejabatnya  merudum kerana tidak dapat fokus dengan  kerja-kerja pejabat ,disamping selalu mengambil cuti sakit.

Rawatan  hospital yang tidak menghasilkan  kesan positif,telah mendorong kepada  OKS  untuk mendapat rawatan secara alternatif.Pendik kata,OKS telah berjumpa dan bertemu dengan ramai perawat,namun Allah belum mengizinkan kesembuhan kepadanya.

Pada akhirnya,OKS ini telah menemui seorang perawat yang  menggunakan kaedah  rawatan cara Islam.Beberapa siri rawatan, telah merungkaikan asbab dan punca  penyakit yang dihidapi oleh OKS.
Hasil dialog dengan jin yang mengganggu  (tidak boleh menerima bulat-bulat apa yang disampaikan oleh jin…), penyakit  yang dideritai  oleh OKS adalah angkara serangan sihir dari   seorang kawan sepejabat   bernama “K……”yang mendapat bantuan dari seorang ahli sihir yang bukan beragama Islam.
Dikatakan "K...." tidak berpuas hati dengan OKS kerana disangkanya OKS ini terlalu mendapat kepercayaan dari Ketua Jabatan.

Jin sihir juga menambah, OKS  terkena serangan sihir melalui minuman  kopi yang dihidangkan semasa diadakan mesyuarat Jabatan .Amah dipejabat yang bertanggong jawab untuk menyedia  dan menghidangkan minuman  telah dihasut oleh tukang sihir tersebut untuk memasukkan bahan sihir dicawan minuman OKS.

Ringkasnya, jin sihir telah dibelasah, disiksa dan diugut oleh perawat dengan kaedah-kaedah tertentu.Tidak tertahan dengan seksaan, akhirnya jin sihir bersetuju untuk keluar.Jin sihir juga diminta bersumpah supaya tidak lagi melakukan kezaliman kepada OKS.Alhamdulillah….. berkat kesabaran,dengan rawatan yang istiqamah, akhirnya serangan sihir terhadap OKS dapat dimusnahkan sekali gus dengan izin Allah OKS mendapat kesembuhan.

Pesanan penulis,sesungguhnya serangan sihir tidak akan berkesan tanpa dengan  ketentuan dan keizinan Allah jua.Pada masa yang sama, menusia tidak harus menyerahkan tadir semata-mata tanpa  berikhtiar untuk menangkis serangan sihir.Bagi mereka yang telah menjadikan syaitan sebagai kawan karibnya, serangan sihir ini boleh saja dilakukan kepada yang ditujunya dengan apa cara,dan dimana  tempat sekalipun.Oleh itu berhati-hatilah........

                                            Bersambung…….

No comments:

Post a Comment